Antara Sabar DanMengeluh
Pada zaman dahulu ada seorangyang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaftiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya."Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanitaitu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedihhati." Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya,"Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu olehperasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yangmenyekutuinya aku dalam hal ini."
Abu Hassan bertanya,"Bagaimana hal yang merisaukanmu ?" Wanita itu menjawab, "Padasuatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada akumempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu,dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besarberkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimanaayah menyembelih kambing ?" Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu?" Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu.
Kemudian dia merasa ketakutansetelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana iadimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga matikehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tibabayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuktersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulitbadannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggaldi daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya.
Dan kini aku tinggal sebatangkara di antara mereka semua." Lalu Abul Hassan bertanya,"Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu?" Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membedakanantara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya adajalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itubaik dan terpuji akibatnya.
Dan adapun mengeluh, makaorangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka." Demikianlah cerita diatas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangatdigalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku berimankepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana ituRasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,: "Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil keksaihnya dariahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya." Begitu jugamengeluh.
Perbuatan ini sangat dikutukoleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,: "Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh danmenghina nasab orang." Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasukkebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat,maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayatoleh Imam Majah) Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalammenghadapi segala musibah.
0 komentar:
Posting Komentar